M’sia diminta bantu syarikat Korea Selatan

SEOUL, 20 APRIL – Seoul pada hari ini meminta Malaysia membantu syarikat Korea Selatan di Asia Tenggara yang operasinya terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di tengah-tengah penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Yonhap.

Semasa persidangan video dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Yoo Myung-hee berkata ne-gara tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada usaha kua-rantin, sebaliknya perlu mencari jalan untuk menyokong sektor ekonomi yang terjejas, menurut Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga.

Malaysia menguatkuasakan PKP sejak pertengahan Mac untuk mengekang penularan COVID-19, hanya sebi-langan kecil perniagaan penting dibenarkan beroperasi.

Pengilang Korea Selatan di Malaysia berdepan keka-ngan untuk memenuhi tarikh akhir atau mendapatkan bahan diperlukan.

“Negara perlu mencari jalan mengekalkan rantaian bekalan global dan membenarkan golongan peniaga yang menjalankan perniagaan penting melakukan perjalanan pada masa sama tidak mengabaikan usaha kuarantin,” kata Yoo.

Beliau turut meminta Malaysia mempertimbangkan untuk melonggarkan peraturan bagi menyokong firma Korea Selatan. – Bernama