Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    M’sia, EU bincang peraturan produk bebas daripada penebangan hutan

    KUALA LUMPUR, 7 DIS – Walaupun perjanjian sementara mengenai Cadangan Suruhanjaya Eropah untuk Peraturan Produk Bebas daripada Penebangan Hutan telah dicapai, Malaysia perlu terus berbincang dengan Kesatuan Eropah (EU) mengenai peraturan baharu dan pelaksanaan peraturan pada masa depan, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

    Ini untuk memastikan peraturan tersebut tidak bersifat diskriminasi dan kebergantungan kepada Minyak Sawit Mampan Malaysia bermakna pematuhan terhadap keperluan usaha wajar, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Wan Aishah Wan Hamid.

    “Walaupun proses perundangan telah dimuktamadkan, peraturan dan kriteria utama masih belum dibangunkan oleh blok itu yang kemudiannya akan menjadi sebahagian daripada langkah pelaksanaan pada masa depan,” katanya dalam kenyataan.

    Semalam, Parlimen Eropah dan majlis EU mencapai perjanjian sementara, memuktamadkan rundingan trilog antara institusi yang bermula pada September 2022 dengan pusingan kedua diadakan pada 9 November 2022.

    Berdasarkan kenyataan yang dikongsi di laman web Suruhanjaya Eropah, undang-undang baharu itu akan, apabila diterima pakai dan digunakan, memastikan barangan utama yang berada dalam pasaran EU tidak lagi menyumbang kepada aktiviti penebangan hutan dan degradasi hutan di EU dan negara-negara lain.

    “Memandangkan EU adalah ekonomi utama dan pengguna komoditi ini, langkah ini akan membantu menghentikan sebahagian besar aktiviti penebangan hutan dan degradasi hutan global, seterusnya mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan kehilangan biodiversiti,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...