M’sia hasrat jadi neutral karbon

PUTRAJAYA, 5 MEI – Malaysia berhasrat menjadi negara neutral karbon pada masa akan datang dan melihat isu perubahan iklim serta kelestarian sebagai isu besar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata walaupun Malaysia menyumbang kurang daripada satu peratus kepada gas rumah hijau global, kerajaan tetap melihat isu berkenaan secara serius.

“Memandangkang kita berhasrat menjadi negara neutral karbon, keutamaan akan diberikan kepada ekonomi yang rendah karbon dan yang tahan iklim serta pemuliharaan sumber semula jadi,” katanya. – Bernama