Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    M’sia jangka gelombang baharu COVID lebih awal

    REMBAU, 23 JUN – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata gelombang baharu jangkitan COVID di Malaysia ini dijangka berlaku lebih awal daripada jangkaan dua hingga tiga bulan akan datang berdasarkan peningkatan kes harian.

    Khairy bagaimanapun berkata negara bersedia menghadapi gelombang baharu COVID-19 dan menegaskan kenyataannya bukan untuk menakutkan rakyat tetapi lebih kepada langkah pencegahan supaya dapat mengawalnya ketika fasa peralihan ke endemik kini.

    “Saya rasa mungkin gelombang itu lebih awal berdasarkan kepada ramalan yang kita sedang buat.

    “Contohnya hari ini, kes sudah melebihi 2,700 kes, sebelum ini paras kita 1,000 hingga 2,000 kes tetapi sejak dua tiga hari ini, kes melebihi 2,000. Selain itu kes meningkat dengan dua kluster baharu dan semua negeri menunjukkan peningkatan kes, kecuali di Selangor, Johor, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan menunjukkan sedikit penurunan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perkhidmatan Otorinolaringologi (ORL) dan ‘Makmal Tidur’ di Hospital Rembau di sini hari ini.

    Khairy sekali lagi menyarankan warga emas berusia 60 tahun ke atas agar mengambil dos penggalak vaksinasi COVID sebagai persediaan menghadapi gelombang seterusnya. Media sebelum ini melaporkan Khairy berkata gelombang baharu diramalkan akan berlaku dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...