Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    M’sia kaji semula dasar eksport kek isirung sawit

    KUALA LUMPUR, 31 MEI – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan untuk mengkaji semula dasar eksport  kek isirung sawit (PKC) yang akan lebih memihak kepada ayam pedaging tempatan.

    Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata pada masa ini, PKC dieksport untuk industri lembu Eropah.

    “Kajian menunjukkan memberi makan PKC yang ditapai dan lemak pemakanan yang tinggi kepada ayam pedaging, boleh menggantikan makanan import yang digunakan oleh hampir semua ladang ayam komersial hari ini,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

    Beliau berkata ladang kelapa sawit Malaysia menghasilkan bekalan sisa isirung sawit yang banyak.

    KPPK juga akan meningkatkan usaha mempromosikan penggunaan sisa isirung sawit sebagai makanan haiwan bagi memastikan Malaysia mempunyai bekalan ayam yang mampan dalam jangka panjang, katanya.

    Zuraida berkata harga ayam meningkat disebabkan antaranya harga makanan ayam yang tinggi malah dilaporkan harga makanan ayam telah melonjak daripada RM500 satu tan kepada RM1,900 satu tan dalam beberapa kes.

    “Buat masa ini Malaysia mengimport sebahagian besar makanan ayam, dan kebanyakannya diperbuat daripada bijirin seperti jagung dan kacang soya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...