Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    M’sia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan di Masjid Al-Aqsa

    KUALA LUMPUR, 31 MEI – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan oleh pelampau dan pegawai Israel di Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya pada Ahad.

    Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata pencerobohan yang dirancang di tapak suci umat Islam dan perhimpunan perarakan bendera di Kota Lama adalah satu provokasi dan pelanggaran yang jelas terhadap kesucian Masjid Al-Aqsa serta kawasan sekitarnya.

    Serbuan terbaharu di Masjid Al-Aqsa itu sememangnya merupakan tindakan pencerobohan oleh rejim penjajah dan pelampau Israel yang akan menyemarakkan lagi api permusuhan di dalam serta di luar rantau itu, menurut kenyataan itu.

    Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk segera menuntut rejim Israel menghentikan sebarang tindakan provokasi bagi menjamin keamanan dan kestabilan, kata Wisma Putra.

    “Malaysia berdiri teguh dengan solidariti bersama rakyat Palestin, dan menegaskan status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak Suci Umat Islam,” kata kenyataan itu.

    Malaysia juga menegaskan sokongan dan solidariti yang tidak berbelah bahagi bersama rakyat Palestin serta perjuangan mereka untuk mencapai kebebasan mutlak daripada pendudukan haram Israel, sekaligus merealisasikan aspirasi untuk sebuah Negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota. – Bernama

    Seorang pembantah bertopeng mengibarkan bendera Palestin dekat api tayar semasa pertempuran dengan pasukan Israel susulan satu bantahan untuk mengecam perarakan bendera tahunan di Baitulmaqdis pada 29 Mei lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...