Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    M’sia kekalkan OPR pada 1.75 peratus

    KUALA LUMPUR, 3 MAC – Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari keduanya bagi tahun ini.

    Bank pusat tersebut dalam satu kenyataan hari ini berkata keseluruhan trajektori pemulihan kekal berada di landasannya meskipun aktiviti ekonomi yang sederhana sedikit baru-baru ini disebabkan oleh penularan semula COVID-19 yang didorong oleh varian Omicron.

    “Inflasi kekal tinggi dalam banyak ekonomi disebabkan oleh faktor penawaran dan permintaan. Pada masa hadapan lebih banyak negara akan beralih kepada pengurusan COVID-19 secara endemik, lantas menyokong prospek pertumbuhan global,” kata BNM.

    Bagaimanapun, konflik ketenteraan di Ukraine telah muncul sebagai risiko utama terhadap prospek pertumbuhan global dan perdagangan, harga komoditi dan keadaan pasaran kewangan.

    “Prospek pertumbuhan global juga akan terus dipengaruhi oleh perkembangan berhubung dengan COVID-19, risiko gangguan bekalan global yang berlanjutan dan turun naik pasaran kewangan yang ketara berikutan pelarasan dasar monetari oleh ekonomi utama,” katanya.

    Pemulihan pertumbuhan Malaysia dijangka lebih kukuh pada 2022, selepas merekodkan pertumbuhan 3.1 peratus tahun lepas, dipacu oleh pengembangan permintaan global dan perbelanjaan sektor swasta yang lebih tinggi berikutan pasaran pekerja yang bertambah baik dan sokongan dasar bersasar yang berterusan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...