M’sia kembali catat satu angka

KUALA LUMPUR, 11 OGOS – Kes positif COVID-19 di Malaysia kembali mencatat satu angka dengan sembilan kes dilaporkan hari ini yang membabitkan lima kes import dan empat penularan dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kes positif wabak itu ialah sebanyak 9,103 kes dengan jumlah kes aktif dan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 169.

“Daripada sembilan kes baharu dilaporkan, lima adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan tiga warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara.

“Lima kes import tersebut adalah masing-masing satu kes dari Jepun, India, Pakistan, New Zealand dan Singapura,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. – Bernama