Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    M’sia komited muktamadkan RCEP

    KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Malaysia terus komited untuk memuktamadkan rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menjelang akhir tahun ini, bersama 15 negara lain yang terlibat, dalam usaha meningkatkan perdagangan ekonomi di Asia.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata usaha bagi menggerakkan kemuktamadan rundingan RCEP itu sedang giat dijalankan termasuk mengadakan mesyuarat di Hanoi, Vietnam pada 21-22 Mei lepas.

    Mesyuarat tersebut turut dihadiri menteri dan timbalan menteri negara-negara ASEAN, Australia, New Zealand, China, Jepun, Korea Selatan dan India.

    “Kelewatan memuktamadkan rundingan yang telah bermula sejak 2013 ini kerana ia melibatkan 16 buah negara, bagaimanapun kesemua negara terbabit menunjukkan komitmen tinggi.

    “Kini semua 16 negara dalam proses memperincikan aspek terma berkaitan, sebagaimana dirumuskan dalam mesyuarat peringkat menteri terbaharu yang menetapkan keutamaan pelaksanaannya pada 2017,” katanya dalam sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di persidangan Dewan Rakyat hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda