Friday, August 12, 2022
24.7 C
Brunei

M’sia komited perangi COVID-19 bersama rakan ASEAN

-

JAKARTA, 9 NOV – Malaysia mengulangi komitmen kerja sama erat dengan negara-negara ASEAN dalam memerangi COVID-19 sejak virus itu mula dikesan sehinggalah kemunculan varian baharu ketika ini.

Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah berkata Menteri-menteri Kesihatan ASEAN memang selalu berbincang dan bertukar maklumat mengenai langkah-langkah menangani pandemik itu.

“Di samping kita sentiasa berwaspada dengan varian baharu dan sebagainya, negara-negara ASEAN juga sangat optimistik bahawa proses vaksinasi berjalan dengan baik,” katanya kepada media di majlis Penyerahan 15 Karya Seni Malaysia kepada wakil tetap Malaysia ke ASEAN. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -