Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    M’sia komited sertai rundingan penambahbaikan ATIGA ASEAN

    KUALA LUMPUR, 17 MAC – Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Malaysia komited untuk mengambil bahagian dalam Rundingan Penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) bagi mencapai resolusi yang lebih awal.

    Beliau turut menekankan kepentingan bagi memastikan libat urus secara holistik dan inklusif agar sebarang kebimbangan yang dibangkitkan oleh pihak berkepentingan dapat ditangani dan diselesaikan.

    Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata Rundingan Penambahbaikan ATIGA tersebut telah dilancarkan secara maya oleh barisan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN bersempena Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-28, kelmarin.

    Rundingan tersebut disifatkan amat penting dalam usaha memperkukuh perdagangan intra serantau dan menggalakkan rantau yang lebih kesaling-hubungan, inklusif, berdaya tahan serta kompetitif.

    Menurut MITI, Sesi Pemukiman AEM kali ini juga diakhiri dengan le-bih bersemangat apabila kalangan menteri-menteri terbabit bertindak merangka Rancangan Kerja Ekonomi Serantau bagi 2022, khususnya pengesahan berkaitan bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) ASEAN 2022 sebagaimana yang dicadangkan oleh Kemboja selaku Pengerusi ASEAN.

    Pada sesi berkenaan, Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN juga bersetuju untuk melanjutkan memorandum persefahaman mengenai pelaksanaan langkah-langkah bukan tarif ke atas barangan perlu sehingga 2024.

    Mereka juga bersetuju untuk memperluas senarai barangan perlu sedia ada dan menekankan kepentingan melaksanakan kajian mendalam me-ngenai impak terhadap aliran dagangan barangan tersebut.

    “Bagi aspek pemulihan ekonomi serta meningkatkan semula perdagangan serantau, menteri-menteri terbabit juga sebulat suara dalam menyuarakan komitmen terhadap pelaksanaan PED utama, termasuk mempertingkat Kawasan Perdagangan

    Bebas ASEAN-Australia-New Zealand, rangka kerja bagi menggalakkan pertumbuhan ekosistem syarikat permulaan digital serta mekanisme dasar mengenai perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) wanita,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...