Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    M’sia longgar larangan eksport ayam

    KUALA LUMPUR, 14 JUN – Malaysia hari ini telah menarik balik separuh larangan ke atas eksport ayam yang bermatlamat untuk menangani kekurangan dalam negara namun melambungkan harga di negara jiran Singapura, mencetuskan suara bantahan.

    Bagaimanapun, sekatan-sekatan itu hanya dilonggarkan ke atas sejumlah kecil jenis ayam, dan tidak ke atas jenis yang biasanya dieksport ke Singapura, bermakna impaknya mungkin terhad.

    Larangan ke atas eksport 3.6 juta ayam sebulan, yang bermula 1 Jun lalu, adalah langkah perlindungan terkini di Asia ketika harga barangan harian melambung.

    Namun ia menyebabkan kebingungan di Singapura, sebuah negara bandar kecil yang bergantung ke atas jiran yang lebih besar bagi bahagian besar import makanannya, termasuk kira-kira satu pertiga ayamnya.

    Terdapat kebimbangan khusus mengenai impak ke atas nasi ayam, hidangan yang sangat popular, dengan sebilangan pengusaha menaikkan harga atau menutup sementara gerai mereka.

    Pihak berkuasa Malaysia kini memutuskan untuk membenarkan eksport ayam ternak lepas dan hitam, menurut satu notis daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar negara itu yang dilihat oleh AFP.

    Media Singapura melaporkan bahawa eksport berkenaan disambung bermula Selasa.

    Bagaimanapun, larangan dikekalkan bagi apa yang digelar ayam pedaging, ayam-ayam lebih besar yang diternak dalam operasi komersial, jenis yang biasanya dieksport ke Singapura.

    Peniaga ayam itik Singapura melahirkan kelegaan namun memperkecilkan impak langkah berkenaan, kerana ayam-ayam ternak lepas adalah lebih mahal berbanding ayam pedaging, menurut saluran berita CNA. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...