Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    M’sia raih pelaburan hampir RM2 bilion daripada TF AMD

    WASHINGTON DC, 13 MEI – Malaysia meraih pelaburan bernilai hampir RM2 bilion daripada syarikat semikonduktor, TF AMD Microelectronics (Penang) Sdn Bhd susulan penyerahan surat kelulusan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kepada syarikat itu pada Khamis.

    Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pelaburan itu untuk pelan pengembangan syarikat, yang akan mewujudkan 2,000 pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat Malaysia.

    “Ini sejajar dengan hala tuju Malaysia ke arah menggalakkan inovasi dan nilai tambah berimpak tinggi untuk perniagaan tempatan dan kekal sebagai hab pembuatan di rantau ini,” katanya dalam Twitter selepas menyaksikan majlis penyerahan itu bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini pada Khamis.

    Surat kelulusan itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Arham Abdul Rahman kepada Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan dan Bendahari TF-AMD Datuk Devinder Kumar.

    Menurut Azmin, TF-AMD telah melabur kira-kira RM900 juta di Malaysia setakat ini.

    “Devinder telah menyatakan komitmen syarikat untuk mewujudkan peluang kerjasama dengan vendor dan universiti tempatan.

    “Ini termasuk menyasarkan untuk menggaji lebih 2,000 pekerja tambahan kebanyakannya daripada latar belakang sains dan teknikal serta membangunkan vendor tempatan dalam tempoh lima tahun akan datang dalam bidang Industri 4.0, automasi dan perkhidmatan kejuruteraan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...