M’sia sambut Deepavali secara sederhana

KUALA LUMPUR, 4 NOV – Perayaan Deepavali yang diraikan penganut beragama Hindu di seluruh negara, tahun ini disambut meriah berbanding tahun lepas kerana mereka berpeluang pulang ke kampung merayakan hari yang penuh bermakna dengan keluarga, saudara mara dan sahabat tersayang.

Ceria melaram busana tradisi berwarna-warni, namun mereka tetap mengamalkan norma baharu bagi mengekang penularan wabak COVID-19, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Kuil-kuil di seluruh negara juga mengambil langkah berwaspada dengan mengamalkan SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Di Negeri Sembilan, Kuil Sri Balathandayuthapani, di Jalan Kuil, Seremban menjadi tumpuan penganut Hindu di negeri itu sejak pukul 8 pagi, bagi melaksanakan upacara keagamaan. M. Sivakumar, 28, dari Rembau berkata sambutan pesta cahaya pada tahun ini amat bermakna kepadanya, kerana berpeluang menyambut Deepavali bersama ahli keluarga walaupun diadakan secara sederhana.

Penganut Hindu gembira kerana dapat meraikan sambutan Deepavali dengan mengunjungi kuil untuk upacara sembahyang serta aktiviti sambutan Deepavali secara fizikal, selepas 18 bulan tidak dapat melakukannya akibat pandemik COVID-19. -Bernama

Penganut Hindu Darisyhini Raman 19, (kiri) bersama sepupunya Shalini Ellappant 34, (kanan) dan Thivya Periyasami 16, berswafoto selepas mnghadiri upacara keagamaan n di Kuil Kallumalai Arulmigu Subramaniar di Gunung Cheroh, Ipoh sempena sambutan Deepavali. – Bernama