Tuesday, October 8, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    M’sia sambut ketibaan Emir Qatar

    KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Okt – Malaysia hari ini mengalu-alukan ketibaan Emir Qatar yang dalam lawatan pertamanya ke Asia Tenggara, empat bulan selepas krisis diplomatik meletus antara negaranya dan empat negara Arab.

    Emir Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani yang tiba di Kuala Lumpur lewat kelmarin telah diberikan penghormatan dengan 21 das tembakan pada upacara mengalu-alukan ketibaan di parlimen yang dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Perdana Menteri Najib Razak dan menteri-menteri kabinet.

    Sheikh Tamim kemudian mengadakan rundingan bersama Najib, selepas mereka menyaksikan penandatangan perjanjian berhubung latihan bagi para diplomat, pendidikan tinggi, kerjasama perundangan dan badan kehakiman.

    Emir Qatar seterusnya menemui Yang di-Pertuan Agong, disusuli dengan majlis santap negara di istana sebelum berlepas meninggalkan Malaysia lewat hari ini.

    Qatar adalah rakan dagangan terbesar ke-40 Malaysia, dengan jumlah perdagangan AS$566 juta pada tahun 2016. – AP

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (kiri), Emir Qatar dan Perdana Menteri Najib Razak di Kuala Lumpur pada 16 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda