Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    M’sia, S’pura dan Indonesia puasa mulai Ahad

    ASEAN, 1 APRIL – Umat Islam di Malaysia, Singapura dan Indonesia akan mula berpuasa Ahad ini, 3 April, menurut pengumuman daripada pegawai keagamaan negara-negara tersebut hari ini.

    Pengumuman di Malaysia dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) selepas proses melihat anak bulan dilakukan di 29 lokasi di seluruh Malaysia.

    Manakala Mufti Singapura, Dr Naziruddin Mohd Nasir turut mengumumkan tarikh sama selepas Singapura menetapkan anak bulan Ramadan tidak kelihatan pada majlis merukyah hari ini, menurut CNA.

    Pemerintah Indonesia turut menetapkan 1 Ramadan jatuh pada hari minggu, 3 April selepas hasil sidang Isbat dilakukan kementerian agama bersama beberapa agensi Islam lewat petang ini.

    Pengumuman Ramadan dibuat oleh Menteri Agama, Yaqut Cholil Qoumas selepas kesepakatan sidang Isbat, menurut laporan KOMPAS. – Bernama/Agensi

    Proses merukyah yang dilaksanakan oleh pegawai keagamaan Malaysia di Balai Cerap Bukit Jugra Banting. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda