Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    M’sia, S’pura sambung semula perjalanan darat dan udara

    PUTRAJAYA, 23 MAC – Malaysia dan Singapura mengorak langkah melakukan persiapan segera bagi menyambung semula kebenaran perjalanan darat dan udara sepenuhnya kepada rakyat kedua-dua negara yang telah lengkap divaksin berikutan keadaan pandemik yang stabil.

    Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin dan rakan sejawatnya dari Singapura, Ong Ye Kung mengadakan perbincangan mengenainya di pejabatnya hari ini.

    “Kami bersetuju keadaan sudah stabil dan boleh mengorak langkah ke arah penyambungan semula perjalanan darat dan udara sepenuhnya untuk yang lengkap divaksin,” kata beliau dalam ciapan di Twitternya.

    Malaysia dan Singapura berhubung semula dan #ReopeningSafely,” katanya dalam satu lagi hantaran.

    Ong sedang dalam lawatan kerja tiga hari ke Malaysia bermula hari ini.

    Pada masa ini Malaysia melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat dan udara dengan Singapura, sebuah program pemudah cara perjalanan dua hala bagi individu yang mendapat dos lengkap suntikan vaksin COVID-19.

    Di bawah VTL, individu yang lengkap divaksin dari sebuah negara boleh memasuki negara lain tanpa kuarantin bergantung kepada saringan COVID-19 dan keperluan selanjutnya ditentukan oleh negara penerima. – Bernama

    Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (dua, kanan) bersama Ong Ye Kung (kanan) ketika menerima kunjungan Menteri Kesihatan Singapura itu di Kementerian Kesihatan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...