M’sia sumbang vaksin Sinopharm kepada Laos

VIENTIANE, 22 JUN – Konsainan kedua 500,000 dos vaksin COVID-19 Sinopharm sumbangan kerajaan Malaysia tiba di ibu negara Loas, Vientiane, lapor Xinhua, memetik Vientiane Times, hari ini.

Sumbangan pertama Malaysia sebanyak 283,400 dos vaksin AstraZeneca tiba di Laos Disember lalu.

Menurut laporan akhbar harian Lao, pemberian itu sebahagian daripada sumbangan Malaysia kepada usaha global untuk menamatkan pandemik dan menyokong matlamat Laos memberi vaksin sekurang-kurangnya 80 peratus daripada populasi dewasa menjelang akhir tahun ini. Kumpulan vaksin terbaharu yang didermakan itu akan diberikan kepada semua peringkat umur dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan, di bawah Pelan Pengerahan dan Vaksinasi Kebangsaan.

Vaksin yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada Isnin diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Laos. – Bernama