Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    M’sia tamat kemarau acara beregu badminton

    BAC GIANG, VIETNAM, 22 MEI – Di sebalik tangisan kegembiraan berjaya menamatkan kemarau pingat emas 23 tahun Malaysia dalam acara beregu campuran Sukan SEA, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei turut tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih selepas majlis penyampaian hadiah.

    Selain menghadapi tugas sukar beraksi menentang rakan sepasukan yang dianggap seperti keluarga sendiri, mereka juga sebak apabila kemenangan 15-21, 21-19, 21-13 ke atas Hoo Pang Ron-Cheah Yee See pada final di Gimnasium Bac Giang bakal menjadi aksi terakhir secara bersama bagi kedua-dua pasangan.

    Selepas empat tahun digandingkan bersama, Tang Jie, 24, akan berpasangan dengan Valeree Siow, manakala Yen Wei, 26, bakal disatukan dengan Choong Hon Jian susulan rombakan di bahagian beregu campuran skuad kebangsaan.

    “Memang kami gembira dengan keputusan ini pada penampilan pertama di Sukan SEA dan mungkin terakhir berpasangan dengan Tang Jie. Bagaimanapun, saya rasa kami telah buktikan gandingan kami, jadi mungkin boleh digandingkan semula (pada masa depan).” – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...