M’sia, Thailand tegah Costa Fortuna masuk

KUALA LUMPUR, 8 MAC – Malaysia dan Thailand telah menegah sebuah kapal persiaran yang membawa kira-kira 2,000 orang, termasuk puluhan warga Itali, daripada berlabuh kerana bimbang tentang koronavirus baharu, kata pegawai hari ini.

Costa Fortuna yang pertama tidak diterima dari pulau percutian popular Phuket, Thailand pada Jumaat, meskipun tidak ada kes virus disyaki di kapal tersebut, menurut operatornya.

Pihak berkuasa Thailand telah mengenakan sekatan ‘ke atas warga Itali yang telah transit di Itali pada 14 hari lalu,” kata Costa Cruises dalam Twitter.

Kapal itu membawa 64 warga Itali, menurut para pegawai Malaysia.

Itali telah dijangkiti virus terbabit dengan lebih 230 kematian, paling banyak kematian akibat penyakit itu di mana-mana negara luar China, di mana wabak itu mula merebak pada Disember 2019.

Kelmarin, kapal itu cuba untuk berlabuh di negeri Pulau Pinang, utara Malaysia namun tidak dibenarkan, kata seorang ahli politik tempatan, Phee Boon Poh kepada AFP.

Keputusan itu diambil ketika Malaysia telah memutuskan untuk menyekat kemasukan semua kapal persiaran ke pelabuhan negara itu, katanya. Akhbar Star Malaysia juga melaporkan tegahan itu telah dikenakan.

Selepas tidak dibenarkan masuk oleh Malaysia, kapal itu menuju ke negara jiran Singapura, kata Phee. – AFP