Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    M’sia tidak akan benarkan kuasa besar tentukan masa depannya – PM Anwar

    KUALA LUMPUR/BEIJING, 31 MAC – Malaysia tidak akan membenarkan mana-mana kuasa besar untuk membuat keputusan dan menentukan hala tuju masa depannya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Tegas Anwar, sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka, Malaysia akan mempertahankan kedaulatannya dan menentukan perkara yang terbaik untuk negara.

    “Tiada siapa yang harus menentukan hala tuju kita, sebagai negara yang bebas dan merdeka, kita akan memutuskan apa yang terbaik untuk kita. Kita membuat keputusan berdasarkan nilai teras dan prinsip, iaitu untuk memastikan bahawa kita mempunyai
    tadbir urus yang baik dan dasar yang akan memberi manfaat kepada negara serta rakyat.

    “Kita juga harus mengekalkan kedudukan ini dalam ASEAN, kerana ASEAN ditubuhkan sebagai zon bebas dan berkecuali,” katanya menjawab soalan mengenai persaingan China-Amerika Syarikat (AS) semasa syarahan umum di Universiti Tsinghua yang merupakan universiti tersohor di sini, hari ini.

    Perdana Menteri yang sedang dalam lawatan rasmi sulung ke Republik itu minggu ini berkata beliau dilihat sebagai pro-China tetapi sebagai negara perdagangan, Anwar berkata Malaysia mahu membina hubungan baik dengan semua negara, termasuk China dan AS. – Bernama

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan syarahan umum di Universiti Tsinghua, yang merupakan antara universiti tersohor di China, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...