M’sia tidak sertai tiga acara

KUALA LUMPUR, 20 OGOS – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan kontinjen Malaysia tidak akan menyertai tiga acara iaitu jujitsu, soft tennis dan polo, pada Sukan SEA ke-30 di Filipina, November ini setelah mendapat pengesahan daripada ketiga-tiga persatuan berkenaan.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata setakat ini, Malaysia sudah mengesahkan penyertaan dalam 51 daripada 56 acara pada Sukan SEA 2019. – Bernama