Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    MSIA unjur industri semikonduktor berkembang

    KUALA LUMPUR, 26 OKT – Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) mengunjurkan industri semikonduktor berkembang antara lapan hingga 10 peratus pada 2022 diikuti pertumbuhan leih rendah pada 2023 disebabkan kemerosotan dalam industri pembuatan komputer peribadi dan telefon pintar, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB).

    Bagaimanapun, industri automotif kekal berdaya tahan dengan nisbah bil untuk dittempah, kata HLIB dalam nota penyelidikan hari ini.

    Ia berkata loji fabrikasi akan terus diperlengkapkan walaupun pelan perbelanjaan modal (Capex) yang dikurangkan baru-baru ini oleh penggiat utama tetapi ia mungkin menangguhkan tenaga kerja sehingga pesanan diperoleh.

    “MSIA bekerjasama dengan kerajaan untuk menambah baik insentif bukan monetari untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) dalam industri ini. Kami mengekalkan pendirian secara taktikal memihak kepada pemain hadapan,” katanya.

    Bank pelaburan itu berkata dalam tempoh 12 bulan lepas sejumlah RM52 bilion pelaburan semikonduktor telah diumumkan dengan sasaran mewujudkan 11,000 pekerjaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...