Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    M’sia wujud platform kongsi maklumat

    KUALA LUMPUR, 22 MAC – Kerajaan mewujudkan satu platform khusus untuk membolehkan orang ramai berkongsi maklum balas bagi menstabilkan dan mengukuhkan ekonomi negara, khususnya ketika ini apabila Malaysia sedang menghadapi pandemik COVID-19.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata maklum balas yang dikemukakan akan diperhalusi untuk dijadikan input dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang diadakan setiap minggu. “Mulai hari ini orang ramai dan sektor swasta dipelawa untuk berkongsi maklum balas dengan Sekretariat EAC melalui www.mea.gov.my/ms/ekonomikita,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

    Beliau berkata platform khusus ini diwujudkan hasil mesyuarat pertama EAC pada 16 Mac, 2020.

    Kerajaan telah menubuhkan EAC yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memastikan pertumbuhan ekonomi domestik yang mampan serta meningkat keyakinan pelabur dari dalam dan luar negara, katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda