Monday, January 20, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    MSN nafi pencapaian Sheeren dipandang sepi

    KUALA LUMPUR, 18 MAC – Majlis Sukan Negara (MSN) menafikan dakwaan Presiden Yayasan Komuniti Wanita Sukan di Malaysia (FOWCUS) Datuk Zuraida Kamaruddin bahawa pencapaian atlet muda berbakat Malaysia Sheeren Samson Vallabouy dipandang sepi.

    MSN dalam kenyataan memaklumkan pihaknya dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengeluarkan kenyataan menghargai pencapaian Sheeren sebelum ini. “Pihak Majlis juga sentiasa mengikuti perkembangan Sheeren di Amerika Syarikat dan Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Mumtaz Jaafar sendiri telah menghubungi ibu atlet berkenaan (Josephine Mary) pada 10 Mac untuk menyenaraikannya ke Sukan SEA Vietnam.

    “Ibu Sheeren memberi jaminan anaknya boleh mewakili negara ke Sukan Asia pada September kerana jadual pengajian yang tidak bertindih,” menurut kenyataan itu. Sabtu lepas, Sheeren memenangi pingat emas acara 400 meter dalam dewan pada Kejohanan US National Collegiate Athletic Association (NCAA) Division 2 di Pittsburgh State University of Kansas, Amerika Syarikat dengan catatan masa 53.79 saat (s).

    Catatan itu bukan sahaja memperbaiki rekod peribadi beliau 54.94s, malah turut memecahkan rekod kebangsaan 16 tahun yang dipegang Noraseela Mohd Khalid dengan catatan 54.58s bagi acara 400m dalam dewan.

    Beliau turut memecahkan rekod 12 tahun bagi Northern Sun Intercollegiate Conference. Sementara itu, MSN menyifatkan pencapaian terbaharu Sheeren membuktikan bakatnya berjaya diasah menerusi bimbingan jurulatih di universitinya dan MSN akan memberikan sokongan dan bantuan demi memastikan beliau terus menghasilkan peningkatan prestasi secara konsisten.- AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda