BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mei – MST GOLF meneruskan mod perkembangannya dengan pembukaan cawangannya terbaru MST Golf Superstore baru-baru ini di Permaisuri Imperial City Mall, Miri, Sarawak.
Menurut kenyataan MST GOLF, kedai baru MST GOLF Superstore @ Permaisuri Imperial yang memiliki ruang lantai seluas 4,300 kaki persegi itu merupakan kedai golf runcit terbesar dan paling lengkap di wilayah utara Sarawak.
Ia juga secara strategik terletak di pusat Miri yang begitu dekat dengan hotel-hotel membuatkan ia mudah dikunjungi oleh para pengunjung; terutamanya dari bandar-bandar sekeliling termasuk Negara Brunei Darussalam.
Di gedung berkenaan, para peminat golf akan berasa teruja dengan barisan kelengkapan golf bagi kegunaan lelaki, wanita dan golongan muda yang menampilkan jenama-jenama seperti Honma, TaylorMade, Mizuno, Titleist, Ping, Callaway, Yamaha, ONOFF, Wilson Staff, XXIO dan Cobra.
Di bahagian pakaian pula menampilkan jenama-jenama seperti Calvin Klein Golf, Under Armour, Nike, Adidas, Puma, Cutter & Buck, Antigua, PGA Tour, Bell & Page dan FootyJoy yang memberikan pelbagai fesyen baik untuk kegunaan pemain dan bukan pemain golf.
Selain itu kasut-kasut golf juga boleh didapati yang menampilkan jenama seperti Under Armour, FJ, Nike, Adidas, Mizuno dan Puma. Di samping pelbagai aksesori seperti bola golf, sarung tangan, beg, GPS, pencari jarak, bantuan latihan dan produk-produk kesihatan.
Dalam tambahan, perkhidmatan barangan korporat lengkap boleh didapati untuk melayani para pelanggan korporat.
Konsep dan reka bentuk gedung itu dicipta untuk memberikan para pembeli pengalaman runcit terunggul. Para pemain golf boleh merasa sendiri pengalaman bermain golf di ruang latihan yang ditempatkan pada kedai tersebut sebelum melakukan sebarang pembelian.