Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    MTCP tawar biasiswa bagi pelajar antarabangsa

    Oleh Lyna Mohamad

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) sedang menawarkan biasiswa untuk pelajar antarabangsa dari negara penerima MTCP di mana permohonan dalam talian telah dibuka sejak 16 Jun lalu.

    Ditaja oleh kerajaan Malaysia, biasiswa dikhaskan untuk pelajar antarabangsa dari negara membangun untuk melanjutkan pembelajaran lepas ijazah di Malaysia sementara pada masa yang sama memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara masing-masing. Tarikh akhir permohonan adalah pada 16 Julai 2022.

    Tempoh anugerah ini adalah antara 12 hingga 24 bulan untuk program ijazah sarjana muda dan merangkumi yuran tuisyen serta elaun lain bernilai RM3,500 sebulan.

    Pemohon yang berminat mesti berumur tidak melebihi 45 tahun pada masa permohonan dan memiliki ijazah Kelas Kedua Atas (Kepujian)/CGPA 3.50 pada peringkat siswazah dengan syarat bahasa Inggeris mencatat skor keseluruhan IELTS 6 dan ke atas atau jumlah skor TOEFL iBT sebanyak 70 dan ke atas.

    Permohonan dalam talian boleh diperoleh di https://biasiswa.mohe.gov.my/INTER/login.php dan maklumat lanjut boleh diperoleh di platform Facebook MTCP atau hubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

    Proses menyenarai pilih dan temu duga akan diadakan pada akhir bulan depan sementara sesi temu duga akan diadakan pada awal Ogos 2022. Permohonan yang berjaya akan diumumkan pada pertengahan Ogos 2022.

    Lebih daripada 35,000 peserta dari 144 negara penerima MTCP telah menerima faedah daripada pelbagai program yang ditawarkan di bawah MTCP sejak ditubuhkan pada tahun 1980.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...