Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    MTDC komited bantu PKS adaptasi pendigitalan

    ISKANDAR PUTERI, 20 JUN – Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) sentiasa komited dalam membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ke arah mengadaptasi pendigitalan, seiring dengan kemajuan teknologi masa kini.

    Pengarah Bahagian Teknologi Teroka MTDC, Mohammad Hazani Hassan berkata, terdapat pelbagai program yang dianjurkan seperti Road2Growth yang memberi fokus kepada peluang pembangunan teknologi dan perniagaan bagi membantu PKS.

    Menurut beliau, PKS yang terjejas, terutamanya semasa pandemik COVID turut digalakkan untuk mengambil peluang bagi menyertai program sedemikian.

    “Melalui digital, Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), kita boleh membangun (dengan teknologi), seperti Internet Pelbagai Benda (IoT), sensor untuk menambahkan produktiviti dalam pembuatan dan sesetengah program untuk menjangkau pasaran dengan lebih pantas,” katanya pada sidang media Program Road2Growth MTDC di sini kelmarin.

    Johor merupakan destinasi keempat penganjuran Program Road2Growth MTDC selepas Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.

    Mohammad Hazani juga berkata, program tahunan itu memberi fokus kepada peluang pembangunan teknologi dan perniagaan melalui kerjasama de-ngan syarikat-syarikat teknologi ahli ekosistem MTDC dengan peserta yang terdiri daripada usahawan PKS, graduan, penyelidik dan syarikat pemula.

    “Peserta akan didedahkan dengan produk dan perkhidmatan oleh MTDC dan ahli ekosistemnya, serta berpeluang mendapatkan maklumat terperinci mengenai penyelesaian teknologi daripada syarikat yang terlibat dalam bidang robotik, automasi, pencetakan 3D, realiti berperantara dan teknologi dron,” jelas beliau. – Bernama

    Mohamad Hazani Hassan (kanan) mendengar penerangan mengenai teknologi dron ketika melawat ruang pameran pada Program Road2Growth MTDC Zon Selatan di Medini 6 kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...