Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    MTIC meriahkan awal tahun Hijrah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta pihak-pihak berkuasa di bawahnya hari ini, tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah dan Doa Kesyukuran Untuk Jemaah Haji bagi 2022.

    Hadir pada majlis kelolaan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) yang berlangsung di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan MTIC itu ialah Setiausaha Tetap di MTIC, Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan tahlil sebelum diteruskan dengan ceramah khas bertajuk ‘Memahami Erti Hijrah’ yang disampaikan oleh pensyarah dari Pusat Ilmu Teras, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Nazirul Mubin bin Ahad.

    Dikir Asraqal menyerikan majlis itu dan diikuti dengan bacaan Doa Kesyukuran bagi meraikan kepulangan jemaah haji warga MTIC dan jabatan-jabatan serta pihak-pihak berkuasa di bawahnya.

    Majlis antara lain bertujuan untuk menyambut kedatangan tahun baharu Hijrah dan diselajurkan dengan meraikan kepulangan warga MTIC dan jabatan-jabatan serta pihak-pihak berkuasa di bawahnya yang telah selamat kembali ke tanah air daripada menunaikan fardu haji tahun ini.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran dan sesi bergambar ramai bersama jemaah haji.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Haji Mohammad Salihin bin Haji Aspar, ketua-ketua eksekutif, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan MTIC, jabatan-jabatan dan pihak-pihak berkuasa di bawahnya.

    Haji Mohammad Nazri bergambar ramai bersama warga MTIC yang baharu pulang dari menunaikan ibadah haji. – Gambar serahan MTIC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...