Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    MTIC semarak Nuzul Al-Quran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta pihak berkuasa di bawahnya tidak ketinggalan untuk mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-anak Yatim yang berlangsung di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, hari ini.

    Hadir dan menyempurnakan penyampaian derma kepada anak-anak yatim pada majlis berkenaan ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof.

    Majlis yang dikelolakan oleh Jabatan Pengangkutan Darat itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan ceramah khas bertajuk ‘Hebatnya Pencinta Al-Quran’ yang disampaikan oleh Penolong Pensyarah dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Awang Abdul Rahman bin Ajak.

    Antara tujuan majlis adalah untuk memperingati peristiwa agung Nuzul Al-Quran iaitu turunnya ayat Al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW, di samping mengeratkan lagi hubungan tali silaturahim warga MTIC dan jabatan-jabatan serta pihak berkuasa di bawahnya.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada 29 orang anak yatim warga MTIC dan jabatan-jabatan serta pihak berkuasa di bawahnya yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato.

    Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi semasa menghadiri Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-anak Yatim yang berlangsung di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...