Mu berpotensi cetus kebimbangan

THE HAGUE, 9 SEPT – Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) berkata hari ini varian koronavirus yang dikenali sebagai ‘Mu’ boleh menyebabkan kebimbangan, walaupun belum lagi ada data ia akan mengatasi strain Delta yang dominan.

Mu, yang pertama kali dikenal pasti di Colombia pada Januari dan dikenali dengan nama saintifik sebagai B.1.621 telah diklasifikasikan bulan ini sebagai varian yang perlu diawasi atau variant of interest oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

EMA yang menumpu kepada varian Delta mudah berjangkit juga ‘memantau varian lain yang mungkin merebak, seperti Lambda satu (dikesan di Peru) dan baru-baru ini Mu satu,” kata ketua strategi vaksin, Marco Caveleri memberitahu taklimat media.

“Mu satu berpotensi menimbulkan lebih kebimbangan kerana potensi peningkatan pelarian imun yang mungkin ditimbulkannya.”

Pengawal selia di Amsterdam, yang memeriksa ubat-ubatan bagi 27 negara EU, akan berbincang dengan pembangun vaksin mengenai keberkesanan suntikan masa ini dalam menangani varian Mu, tambah Cavaleri.

“Bagaimanapun, saya terpaksa katakan kita belum mempunyai data yang akan menunjukkan varian Mu sudah banyak menular dan sama ada ia mempunyai peluang untuk mengatasi varian Delta sebagai strain dominan.”

Semua virus termasuk SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19, bermutasi dari semasa ke semasa. Kebanyakan mutasi mempunyai kesan sedikit atau tidak namun boleh mempengaruhi sifat virus termasuk bagaimana mudahnya ia merebak, tahap keterukan yang disebabkannya, dan tentangannya terhadap vaksin.

WHO pada masa ini mengenal pasti empat varian COVID-19 iaitu Alpha yang ada dalam 193 buah negara, dan Delta dikesan di 170 buah negara. Varian kelima, termasuk Mu sedang dipantau.

Selepas dikesan di Colombia, Mu telah dilaporkan di negara-negara Amerika Selatan dan di Eropah. – AFP