Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    MUAFIQ 22 labuh tirai

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Muktamar Antarabangsa Fiqh al-Usrah 2022 (MUAFIQ 22) anjuran Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Pusat Kajian Fiql al-Usrah telah melabuhkan tirainya hari ini dengan pembentangan resolusi.

    Hadir selaku tetamu kehormat khas majlis ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari.

    Resolusi berkenaan telah dibentangkan oleh Ketua Bahagian Kertas Kerja, Perumus dan Pelapor, Profesor Madya Dr Yusuf Khalid sebelum diserahkan kepada tetamu kehormat oleh raes dan pemangku pendaftar, KUPU SB.

    Terdahulu, majlis mendengarkan pembentangan Kertas Utama III oleh Profesor Madya Dr Haji Abdurrahman Raden Aji Haqqi dari Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali dengan tajuk pembentangannya menjurus kepada tema MUAFIQ 22.

    Pembentangan menyentuh pengertian kebahagiaan yang, jelasnya, akan didapatkan dengan diri serta zuriat yang ada keimanan. Peranan dan tanggungjawab itu dimainkan oleh setiap anggota keluarga sama ada pemimpin atau yang dipimpin termasuk suami, isteri dan anak-anak. Jelasnya lagi, bagi merealisasikan keluarga yang bahagia lagi sempurna adalah dengan pendidikan agama sebagaimana yang diterapkan oleh Rasulullah SAW.

    Majlis diteruskan dengan Kuliah Khas Fiqh al-Usrah bertajuk ‘Membentuk Kebahagian dan Kesempurnaan Hidup Berkeluarga’ yang disampaikan oleh Adi Hidayat dari Quantum Akhyar Center, Indonesia. Kuliah berkenaan membincangkan mengenai manusia sebagai khalifah di dunia yang misinya termasuk perkahwinan dan berkeluarga.

    Hari terakhir muktamar juga diisikan dengan pembentangan selari bagi kumpulan selebihnya secara dalam talian pada sebelah pagi. MUAFIQ 22 diadakan sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2022 dan acara Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (MYCE) 2022. Ia dapat memperkasa pendidikan kekeluargaan Islam dalam kalangan Umat Islam pada masa kini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...