Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Mualaf terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Sebagai inisiatifnya membantu para mualaf menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa dan baik, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) telah menyampaikan bantuan berupa enjin penjana elektrik kepada dua orang saudara baharu di Daerah Tutong.

    Penyampaian bantuan kepada Awang Muhammad Sahlan bin Abdul Latif @ Sahlan anak Nyarang dan Haji Mohd Zariman bin Abdullah Tong @ Sumpil anak Tong telah diadakan di kediaman masing-masing di Kampung Kuala Ungar, Jalan Benutan, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyerahan bantuan ialah Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Majlis anjuran PDI, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Kebajikan Mualaf) dengan kerjasama Unit Dakwah Daerah Tutong itu dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah.

    emudian, majlis diteruskan dengan penyerahan bantuan enjin penjana elektrik sebelum Doa Selamat dibacakan dan diakhiri dengan demonstrasi cara mengendalikan enjin penjana elektrik untuk penerima-penerima tersebut.

    Kakitangan PDI ketika menyampaikan enjin penjana elektrik kepada salah seorang mualaf.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...