Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Muat naik keputusan ART di BruHealth

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Orang ramai disarankan untuk memuat naik keputusan ujian pantas antigen (ART) sama ada positif atau negatif ke aplikasi BruHealth bagi membantu Kementerian Kesihatan memantau situasi jangkitan COVID di negara ini.

    Saranan itu dibuat oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar (gambar bawah) pada Sidang Media COVID-19 Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Seterusnya, Yang Berhormat Dato mengongsikan bahawa pada hari ini, jumlah kes dalam kategori 4 dan 5 terus berada di tahap yang rendah.

    “Pada hari ini, tidak ada kes berada di dalam kategori 5 yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU) manakala tujuh kes berada dalam Kategori 4 iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi,” jelas beliau.

    Namun dalam tempoh 24 jam lalu, seorang pesakit dijangkiti COVID telah meninggal dunia, kes itu bagaimanapun tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID.

    Yang Berhormat Dato mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

    “Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para salehin,” Yang Berhormat Dato mendoakan semasa sidang media itu.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut mengongsikan bahawa sebanyak 73.8 peratus daripada keseluruhan rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan dos ketiga vaksin manakala 4.6 peratus juga telah mendapatkan dos keempat, setakat kelmarin (13 Julai).

    “Sebanyak 77.6 peratus daripada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah mendapatkan dos kedua vaksin, manakala 51.5 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah mendapatkan dos ketiga vaksin,” tambahnya lagi.

    Sementara itu, sebanyak 1,694 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 178,306 kes.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...