Muaz bersyukur di sebalik musibah

Sedih tidak dapat beraya di Kelantan, bakat baharu, Muaz bersyukur hidupnya sekeluarga masih dilimpahi nikmat biarpun berdepan pandemik COVID-19.

Muaz atau nama sebenar, Muhammad Muaz Mustaqim Rosman, 19, percaya ada hikmah tersirat di sebalik ujian besar ini.

“Ramadan yang bakal berlabuh cukup dirasakan perbezaannya kerana kita tidak dapat menunaikan solat tarawih di masjid. Kerja seni juga terbantut berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Tetapi ada bagusnya sebab masa dengan keluarga lebih banyak dan berkualiti. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di rumah lantas mengeratkan silaturahim,” katanya kepada media.

Muaz adalah penyanyi naungan pertama Syarikat Strumhits yang dimiliki Hafiz Hamidun. Mengenai persiapan menyambut Aidilfitri, Muaz berkata, segala-galanya dirancang sederhana. – Agensi