Mueller mahu buktikan Loew silap

BERLIN, 24 FEB – Setelah setahun disisihkan dari skuad Jerman kendalian Jochim Loew, Thomas Mueller ingin membuktikan bahawa beliau sangat penting buat Bayern Munich – dan Robert Lewandoski – ketika pertemuan menentang Chelsea di kejohanan Liga Juara-Juara.

Penyerang Bayern, Lewandoski merupakan penjaring terbanyak bersama dengan Erling Braut Haaland, di saingan Liga Juara-Juara dengan 10 gol dan kini memasuki kelompok 16 terakhir, pusingan pertama Selasa ini.

Untuk mengekalkan Mueller untuk cergas, beliau telah digantikan dalam perlawanan Jumaat lalu ketika kemenangan 3-2 ke atas pasukan tercorot, Paderborn, di mana Lewandoski berjaya menjaringkan dua gol. Pemain berusia 30 tahun in kembali ke prestasi terbaik beliau setelah mengalami prestasi yang merudum buat kelab dan pasukan negara pada tahun 2019.

Mueller telah disisihkan dari skuad kebangsaan bersama dengan Mats Hummels dan Jerome Boateng oleh ketua pasukan Jerman, Jochim Loew, yang sedang membina semula pasukannya berikutan dengan penyingkiran mereka dari Piala Dunia 2018. Musim luruh lalu, Mueller berulang kali terpaksa memulakan perlawanan dari bangku simpanan untuk memberi laluan untuk Philippe Coutinho, yang dipinjamkan oleh Barcelona. – AP