Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Mufti Kerajaan terima kunjungan hormat rombongan Singapura

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, kelmarin, telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Menteri Kedua bagi Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Masyarakat Islam Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad berserta rombongan.

    Semasa kunjungan yang berlangsung di Jabatan Mufti Kerajaan itu, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu semasa hal keagamaan dan lain-lain.

    Turut mengalu-alukan rombongan ialah Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr Haji Japar bin Haji Mat Dain@Maidin dan beberapa orang pegawai kanan Jabatan Mufti Kerajaan.

    Hadir sama mengiringi Tuan Yang Terutama ialah Charge d’Affairs Kedutaan Besar Republik Singapura di Negara Brunei Darussalam, Shaun Philip Grosse; Ketua Eksekutif di Majlis Ugama Islam Singapura, Kadir Maideen; Assistant Manager/Strategic Communications di Majlis Ugama Islam Singapura, Izzarin bin Swandi dan Specialist Assistant to Minister di Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, Jonathan Tan. TYT Masagos Zulkifli serta rombongan berada di negara ini bagi rangka lawatan kerja selama tiga hari hingga hari ini.

    Yang Berhormat Mufti Kerajaan menerima kunjungan hormat daripada TYT Masagos Zulkifli. beserta rombongan. – Gambar Serahan Jabatan Mufti Kerajaan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...