Muguruza kawal tekanan semula musim bermula

SYDNEY, 12 JAN – Pemain pilihan ketiga Terbuka Australia, Garbine Muguruza (gambar) memulakan musimnya dengan yakin melalui kemenangan straight-set ke atas Ekaterina Alexandrova hari ini dalam perlawanan Klasik Sydney.

Pemain Sepanyol nombor tiga dunia, yang tewas dalam pusingan pertama di Sydney, bertahan dalam perlawanan menentang pemain Rusia yang berada di ranking ke-40 itu pada set kedua untuk menang 6-1, 7-6 (7/4).

Muguruza kini akan bermain menentang seorang lagi pemain Rusia, Daria Kasatkina, dalam suku akhir selepas mengecewakan pemain Belgium, Elise Mertens dengan kemenangan 6-3, 6-4.

Muguruza juga adalah bekas pemain nombor satu dunia dan dua kali juara dalam Grand Slam, akan menjadi salah seorang daripada pencabar untuk Terbuka Australia minggu hadapan.

Prestasi terbaiknya adalah semasa beraksi di Melbourne Park pada 2020, apabila dia berjaya menjadi naib juara untuk mengejutkan pemenang, Sofia Kenin.

Bermain dalam perlawanan pertamanya sejak memenangi pusingan akhir WTA pada November lalu, Muguruza yang berusia 28 tahun itu berkata mendapat galakan dengan cara kekal kuat apabila berdepan dengan lima mata set pada set kedua.

“Saya rasa sangat senang ketika dapat berdiri dengan tenang dalam set kedua apabila mata hanya 5-4 dan servis, serta mempunyai semua mata set itu, di mana awda boleh merasa sedikit tertekan,” katanya. – AFP