Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Muguruza tundukkan Magdalena

    EASTBOURNE, UNITED KINGDOM, 21 JUN – Garbine Muguruza mengalami kesukaran beraksi pada musim ini tetapi bekas juara Wimbledon itu berjaya menewaskan Magdalena Frech dari Poland dengan keputusan 6-1, 7-6 (9/7) untuk mara ke kelompok 16 terakhir di Antarabangsa Eastbourne, kelmarin.

    Pemain pilihan kelima itu meraih kemenangan ketiganya dalam Jelajah WTA sejak Februari lalu.

    “Keadaan sangat sukar pada hari ini. Saya berasa seperti berlawan dengan angin dan saya juga tidak banyak beraksi di gelanggang rumput,” kata Muguruza.

    “Saya dapat menjangkakan bahawa jika saya tidak bermain dengan bersungguh-sungguh pada hari ini, mungkin saya tidak akan menang,” katanya.

    Muguruza bakal berdepan dengan juara pusingan kedua antara pemain pilihan ke-12, Camila Giorgi dan Rebecca Marino dari Kanada, yang berjaya menewaskan Heather Watson dari Britain dengan keputusan 7-6 (7/1), 6-4.

    Sementara itu, Magda Linette berjaya menewaskan pemain pilihan ke-17, Alison Riske dalam perlawanan yang berlangsung lebih dari tiga jam.

    Pemain nombor ke-66 dunia, Linette bangkit untuk mengalahkan Riske dengan keputusan 6-7 (3/7), 6-3, 7-6 (7/4).

    Perlawanan pada hari ini akan menarik perhatian ramai apabila Serena Williams kembali ke gelanggang dengan berganding bersama pemain nombor tiga dunia, Ons Jabeur dalam perlawanan beregu.

    Juara perseorangan Grand Slam sebanyak 23 kali, Williams, setelah sekian lama tidak beraksi sejak mengalami kecederaan semasa perlawanan pu-singan pertamanya di Wimbledon setahun yang lalu, jatuh ke tangga ke-1,204 dalam ranking dunia. – AFP

    Gambar fail Garbine Muguruza membalas pukulan semasa perlawanan menentang Andrea Petkovic di kejohanan WTA, Berlin, Jerman, 14 Jun 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...