Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Muhammad Azeem bakal pamer kehebatan

    KUALA LUMPUR, 4 JULAI – Pelari pecut muda Malaysia, Muhammad Azeem Fahmi berpeluang mencipta sensasi di pentas tertinggi selepas mengesahkan penyertaan dalam acara 100 meter (m) dan 200m Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia pada bulan hadapan.

    Muhammad Azeem yang telah melayakkan diri dalam acara 100m lebih awal sebelum ini, turut meraih tempat bagi acara 200m apabila melepasi had kelayakan selepas merakam catatan peribadi terbaik 20.89 saat (s) ketika memenangi pingat emas pada Kejohanan Remaja Sarawak baru-baru ini.

    Ketua Jurulatih skuad olahraga kebangsaan, Mohd Manshahar Abdul Jalil percaya dengan prestasi terkini, Muhammad Azeem yang mencatat masa peribadi terbaik 10.28s dalam 100m mampu berlari lebih pantas dalam kedua-dua acara disertainya di Cali.

    Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun yang dijadual berlangsung dari 1 hingga 6 Ogos ini turut mampu menjadi medan beliau mengubati kekecewaan di Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam Mei lepas, selepas penyertaannya dalam 100m dibatalkan susulan false start. – Bernama

    Pelari pecut muda Malaysia, Muhammad Azeem Fahmi akan menyertai Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia pada bulan hadapan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...