Muhammad Azim tewas kepada Myint

Oleh Fadhil Yunus di Filipina

MANILA, 6 DIS – Penampilan sulung pemain biliard Brunei Darussalam, Muhammad Azim bin Abu Bakar di Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-30 berakhir selepas tewas kepada pemain Myanmar, Phone Myint Kyaw dengan 9-4 mata dalam perseorangan 9-bola Lelaki di Manila Hotel Tent hari ini.

Pemain biliard negara terpaksa bermain dalam permainan tambahan untuk membuat gred bagi kelompok 16 teratas, perkara sama berlaku seperti rakan senegara Ahmad Taufiq bin Murni dalam perseorangan biliard 10-bola.

Perlawanan berjalan dengan baik apabila kedua-dua pemain berkongsi dua mata tetapi pemain Myanmar mendapat rentak dan mula mendapatkan empat mata berturut-turut.

Myint memilih untuk bermain dengan pukulan selamat yang terbukti memberi kesan sebagai mana pihak lawannya memberikan akses untuk permainan terbuka. Apabila dua bola jatuh, pemain Myanmar itu tidak ragu-ragu untuk mengosongkan meja.

Myint yang sebelum ini telah memenangi pingat emas dalam acara 9-bola berpasangan bergandingan dengan Aung Moe Thu, memperlihatkan pukulannya memberikan sentuhan sempurna dengan 8-bola selepas dia ditawarkan kembali ke meja, meninggalkan kedudukan untuk 9-bola.

Muhammad Azim hanya berjaya sekadar memperoleh dua mata dan memberikan tiga mata berturut-turut buat Myint, sekali gus melayakkan Myint melangkah ke kelompok 16.

Harapan pasukan biliard sekarang jatuh di atas bahu Ahmad Taufiq, yang akan turun bermain dalam acara Perseorangan 9-bola Ahad ini.

Aksi Muhammad Azim ketika perlawanan tersebut.