Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Muhammad Fuad, Hadziqah juara bacaan Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Awang Muhammad Fuad bin Matahir dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Dayang Hadziqah binti Haji Ayub dari Universiti Teknologi Brunei (UTB) muncul juara kategori masing-masing dalam Pertandingan Membaca Ayat-ayat Suci Al-Quran Secara Murattal antara Institusi-institusi Pengajian Tinggi sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76, hari ini.

    Tempat kedua dan ketiga bagi kategori lelaki masing-masing disandang oleh Awang Muhammad Aqil Arfan bin Arjune dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Awangku Muhd Abdul Majeed Ariffin bin Pengiran Haji Mohd Abdul Aziz dari Universiti Brunei Darussalam (UBD).

    Manakala itu, bagi kategori perempuan, tempat kedua disandang oleh Dayang Rezqiatul Fitriah binti Suharyono dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) dan Dayang Nurarmawiyah binti Haji Abu Bakar dari KUPU SB menduduki tempat ketiga.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang pada majlis yang berlangsung di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Seramai 16 orang peserta telah menyertai pertandingan tersebut yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan.

    Pertandingan berkenaan merupakan yang julung kalinya diadakan oleh Jawatankuasa Takmir Masjid Omar ‘Ali Saifuddien dengan kerjasama Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Pertandingan sebut diadakan adalah untuk menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia agar penuntut di institusi-institusi pengajian tinggi akan dapat mengamalkan bacaan Al-Quran sebelum memulakan pembelajaran.

    Di samping itu, ia juga untuk menjadikan bacaan Al-Quran sebagai satu amalan harian serta memantapkan lagi bacaan peserta pertandingan secara murattal.

    Pertandingan juga diharap dapat menjadikan para peserta sebagai contoh tauladan kepada penuntut-penuntut yang lain khususnya dalam pembacaan Al-Quran secara murattal.

    ATAS & BAWAH: Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim menyampaikan hadiah kepada Awang Muhammad Fuad dan Dayang Hadziqah pada majlis yang berlangsung di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...