Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Muhammad Hamizan, Norsyairah muncul juara

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Muhammad Hamizan bin Haji Zainal dan Norsyairah binti Suhaili masing-masing menjuarai kategori Terbuka Lelaki Paling Kuat dan Terbuka Wanita Paling Kuat dalam pertandingan Terbuka Lelaki dan Wanita Paling Kuat Chainblock Brunei 2022 yang diadakan di sekitar Jalan Bendahara Lama, baru-baru ini.

    Pasangan tersebut bakal mewakili negara dalam Kejohanan Terbuka Lelaki dan Wanita Paling Kuat Chainblock Borneo Pertama 2022.

    Lima teratas dalam setiap kategori juga akan dipilih untuk ikut serta dalam kejohanan nanti, yang dijadual berlangsung pada hujung minggu ini.

    Pengiran Dato Haji Rosli bin Pengiran Haji Chuchu dari Persatuan Lelaki Paling Kuat Brunei Darussalam telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

    Pertandingan tersebut telah dianjurkan oleh Chainblock Brunei yang diketuai oleh presidennya, Pengiran Azizul Akbar bin Pengiran Haji Badaruddin.

    Pengiran Dato Haji Rosli menyampaikan hadiah kepada para pemenang. – Gambar serahan Chainblock Brunei
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...