Wednesday, February 1, 2023
23.8 C
Brunei

-

Muhammad Soleh sertai Akademi Malaga City FC

KUALA LUMPUR, 25 DIS – Lebih ramai ‘ubi muda’ bola sepak Malaysia menjadi perhatian akademi terkemuka Eropah dengan terbaharu, Muhammad Soleh Ahmad Shukri disahkan menyertai Akademi Malaga City FC yang berpangkalan di Sepanyol.

Muhammad Soleh, 17, pemain sayap kanan kelab FC 1Goal dipilih untuk memperkembangkan bakat serta me-nimba pengalaman di sana selepas video memaparkan gaya permainannya menarik minat Ketua Analisis Prestasi dan Perekrutan akademi berkenaan.

“Apa pun saya bersyukur dapat dipilih untuk sertai akademi itu dan ia merupakan impian saya untuk memperoleh pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa.

“Paling utama saya akan cuba meraih seberapa banyak ilmu dalam meningkatkan kemahiran bermain daripada segi teknikal dan taktikal di bawah program disediakan di sana nanti,” katanya kepada Bernama.

Menurut pemain berasal dari Kuala Terengganu itu, impiannya selepas ditempatkan di akademi itu dalam masa sama adalah bagi membuka ruang untuk bergelar pemain bola sepak profesional.

“Kalau ada rezeki saya mahu beraksi buat kelab di Amerika Syarikat kerana di sana corak bermain mereka antara yang berintensiti tinggi,” katanya yang akan berlepas ke Sepanyol pada 29 Disember ini.

Hampir 10 orang pemain muda Malaysia sebelum ini pernah memasuki akademi bola sepak serta pasukan pembangunan terkemuka selain Muhammad Soleh.

Antara pemain itu ialah Aqil Arazi Aziz di Perancis beraksi dengan akademi AS Cannes, Allee Putra Azril bersama akademi FC Malaga di Sepanyol serta Omar Raiyan Kama Azlan di Serbia dengan kelab Red Star Belgrade. – Bernama

Muhammad Soleh Ahmad Shukri. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hampir 50 maut dalam insiden letupan masjid

PESHAWAR, PAKISTAN, 30 JAN – Pegawai polis antara kira-kira 47 orang terbunuh dan 150 lagi cedera dalam satu letupan di sebuah masjid di dalam...
- Advertisment -