Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Muhammad Waiz sahut cabaran di Indonesia

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BERGAWAN, 25 OGOS – Atlet orang kuat Brunei Darussalam, Muhammad Waiz bin Haji Daud, hari ini meninggalkan negara untuk mengambil bahagian dalam kejohanan Sukan Utama Hari Kemerdekaan anjuran Persatuan Orang Kuat Seluruh Indonesia (POKSI), di Pondok Indah Dekatlon di Jakarta, Indonesia.

    Atlet negara itu dijadualkan akan mengambil bahagian dalam Kategori Terbuka Profesional Sabtu ini.

    Muhammad Waiz semasa ditemu bual berkata, “Salah seorang atlet orang kuat Indonesia memuat naik di laman Instagram pada Mei lalu bahawa mereka akan menganjurkan kejohanan orang kuat terbuka untuk atlet antarabangsa pada Ogos.

    “Lalu saya menghubungi mereka dan bertanya sama ada atlet dari Brunei boleh menyertai kejohanan dan mereka memberitahu ia adalah dibenarkan,” kata Muhammad Waiz.

    Atlet negara berusia 23 tahun itu turut berkata bahawa dia akan melakukan yang terbaik untuk memenangi kejohanan tersebut.

    Muhammad Waiz meninggalkan negara untuk mengambil bahagian dalam kejohanan Sukan Utama Hari Kemerdekaan anjuran POKSI di Indonesia.- Gambar serahan Muhammad Waiz

    Dalam persediaan untuk menyertai kejohanan, Muhammad Waiz telah mengadakan latihan di pelbagai gim di negara ini.

    Kejohanan antarabangsa itu, yang digelar sebagai acara orang kuat terbesar Asia Tenggara, akan diadakan bersempena Hari Kemerdekaan Republik Indonesia ke-75, yang jatuh pada 17 Ogos lalu.

    Beberapa kategori dipertandingkan termasuk bawah 80 kilogram (kg), bawah 90 kg dan 105 kg serta kategori terbuka profesional.

    Para atlet yang menyertai kejohanan perlu melengkapkan beberapa cabaran seperti cabaran menarik trak dan sebagainya.

    Menurut penganjur kejohanan, sesi menimbang berat badan peserta akan diadakan pada 26 Ogos.

    Acara tersebut dianjurkan oleh POKSI dan Gorilla Gym Indonesia, di mana pertandingan itu akan menyaksikan penyertaan atlet dari pelbagai negara seperti Brunei Darussalam, Hong Kong, Rusia, Brazil, Indonesia, Singapura dan Malaysia.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...