Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Muhammad Ziyad diharap tampil aksi terbaik di sukan SEA

    KUALA LUMPUR, 29 APRIL – Jaguh lontar peluru para Malaysia, Muhammad Ziyad Zolkefli diharap mampu menampilkan prestasi terbaik walaupun kurang pendedahan di pentas antarabangsa menjelang Sukan SEA Ke-31 di Hanoi, Vietnam bulan depan.

    Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata temasya dwitahunan itu pastinya menjadi medan menguji atlet terbabit sebelum beraksi pada Sukan Para ASEAN (APG) di Solo (Surakarta), Indonesia atau Sukan Komanwel Birmingham, kedua-duanya dijadualkan pada Julai ini.

    Beliau berkata pihaknya meletakkan harapan tinggi kepada Muhammad Ziyad untuk mencari momentum bagi menghasilkan ‘sesuatu’ di temasya itu.

    “Semua atlet sudah lama tidak menyertai apa-apa pertandingan, saya rasa semua orang berada di tahap yang sama sekarang. 

    “Sekurang-kurangnya kita dah tahu tidak banyak atlet paralimpik akan bertanding di Vietnam jadi ia bakal menjadi kayu pengukur buat dia kali ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama MPM di sini, semalam.  – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...