Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Muhd Akmal Yamin juarai pertandingan Beyblade 2 on 2

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Awang Muhammad Akmal Yamin bin Muhammad Luqman dari Pasukan Santai Aja Bladerz (SA) muncul juara dalam pertandingan Beyblade 2 on 2 anjuran UG Spartan yang diadakan di Jalan Binglu Utara RPN Meragang.

    Manakala itu, tempat kedua disandang oleh Awang Massuny bin Haji Mohid dari Pasukan Underground Beys, manakala itu, Awang Muhammad Luqman bin Haji Kamaludin dan Awang Jurkarnain bin Haji Hussin, kedua-duanya dari Pasukan SA, menduduki tempat ketiga dan keempat.

    Sementara itu pemenang sagu hati ialah Mimi Nazuwan, Amiruddin dan Haris dari Jakusha Bladers (JB) serta Mohd Luqman dari SA.

    Pertandingan pembuka tirai Liga Beyblade Brunei Darussalam bagi musim 2023-2024 itu disertai lima pasukan Beyblade di negara ini iaitu Ghostbets, SA, Bayblade Madness, JB dan Underground Beys.

    Dalam pada itu, DBos Beys Brunei Darussalam juga akan menganjurkan Liga Super Beyblade Brunei buat julung kalinya, yang terbuka kepada semua peringkat umur di negara ini.

    Awang Muhammad Akmal Yamin menerima hadiah selaku juara pertandingan. – Gambar serahan DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...