Friday, December 9, 2022
22.3 C
Brunei

-

Muhd Luqman juarai pertandingan Beyblade

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Awang Muhammad Luqman bin Haji Kamaludin daripada Pasukan Santai Aja Bladers (SA) dinobatkan sebagai juara Battle of Lord Layer anjuran DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam yang diadakan di Teratak DBos di Kampung Mengkubau, Mentiri.

Beliau membawa pulang hadiah utama berupa ketuhar 46L setelah menewaskan Awang Mohamad Alim bin Raduan daripada Pasukan Ghostbeys (GB), dengan kiraan 5-0 pada perlawanan akhir pertandingan berkenaan.

Menurut kenyataan daripada DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam, hari ini, pertandingan Beyblade 64 slot itu disertai kira-kira 30 orang peserta daripada pasukan-pasukan beyblade tanah air seperti SA, GB, Underground Beys (UG) dan Jaksuha Bladers (JB).

Semasa pertandingan berkenaan, tempat kedua dan ketiga disandang oleh Awang Mohamad Alim bin Raduan daripada Pasukan GB dan tempat keempat pula dimenangi oleh Dayang Nur Ishfa Nabiqah binti Haji Rosaimi juga daripada Pasukan GB.

Hadiah sagu hati (Top 8) turut diberikan kepada Awang Muhammad Luqman, Awang Julkarnain bin Haji Husin (Pasukan SA), Awang Mohd Daniyel Hakeem bin Haji Lamit (Pasukan GB) dan Awang Mohammad Aqmal bin Haji Matsah (Pasukan JB).

Awang Muhammad Luqman menerima hadiah selaku juara pertandingan. – Gambar serahan DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China umum pelonggaran sekatan seluruh negara

BEIJING, 7 DIS – China hari ini mengumumkan langkah pelonggaran sekatan COVID di seluruh negara yang menjejaskan negara ekonomi kedua terbesar dunia dan mencetuskan...
- Advertisment -