Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Muhyiddin dibenar ikat jamin RM2 juta enam pertuduhan

    KUALA LUMPUR, 10 MAC – Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta, dibenarkan diikat jamin RM2 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini.

    Hakim Azura Alwi membenarkan tertuduh diikat jamin dengan dua penjamin selain memerintahkan bekas perdana menteri itu menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga kes selesai.

    Azura turut menetapkan 26 Mei untuk sebutan semula kes.

    Terdahulu, Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh mencadangkan jaminan sebanyak RM2 juta dengan dua penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

    Peguam Datuk K. Kumaraen-dran yang mewakili Muhyiddin bersetuju dengan jumlah jaminan dan syarat tambahan itu.

    Pendakwaan juga dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Faridz Gohim Abdullah, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Ahmad Akram Gharib, Noralis Mat, Nor Asma Ahmad, Rasyidah Murni Azmi, Muhammad Asraf Mohamed Tahir, Kalai Vani Annadorai dan Maziah Mohaide.

    Muhyiddin turut diwakili peguam Datuk Rosli Dahlan, Da-tuk Takiyuddin Hassan, Chetan Jethwani, Dev Kumaraendran, Mohamad Isa Mohamad Basir, Teh See Khoon dan Varsha Chelvi.

    Muhyiddin, 75, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta. – Bernama

    Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang media selepas keluar dari Mahkamah Kuala Lumpur kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...