MUIB agih zakat peralatan perubatan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OGOS – Asnaf fakir miskin di Negara Brunei Darussalam terus mendapat perhatian Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dalam meringankan bebanan kehidupan mereka apabila MUIB menyerahkan agihan zakat peralatan rawatan perubatan kepada seorang penerima hari ini.

Pemangku Setiausaha MUIB, Haji Abdul Aziz bin Haji Akop telah menyerahkan agihan zakat berupa katil hospital kepada Awang Abdul Rahim bin Abdullah di Kampung Selapon, Batu Apoi, Temburong.

Awang Abdul Rahim juga menerima agihan bulanan sebanyak $200 bermula Mac lalu hingga Februari 2022.

Kesemua peralatan bernilai $1,650 diambil daripada peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin MUIB.

Adalah diharapkan semoga dengan adanya agihan zakat peralatan rawatan perubatan berkenaan akan meringankan beban pemohon dan agar dapat meneruskan kehidupan dalam keadaan sejahtera dan sempurna.

Penyerahan katil hospital untuk kemudahan Awang Abdul Rahim (kiri).